PERKAS
PERSATUAN KEBAJIKAN SUKARELAWAN & SOSIAL KUANTAN PAHANG
Info Persatuan
Kata Aluan
​
Kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, ingin sama-sama mengembeling dan bersatu tenaga demi untuk kemajuan dan kejayaan rakyat dan negara Malaysia.
​
Semua itu menjadi tanggungjawab kami untuk meningkatkan darjat agama dan bangsa kerana maju, mundur, kaya, miskin, dan hina mulianya bangsa itu adalah ditangan kami dan kami juga telah berikrar untuk membanteras segala gejala yang tidak sihat dan menggiatkan lagi usaha untuk membendung masalah sosial dari terus berleluasa demi untuk menjadikan masyarakat Malaysia yang cemerlang.
​
Kami bersedia sepenuhnya untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan antaranya seperti bencana alam, kemalangan, kemiskinan, anak-anak yatim, golongan kurang upaya, ibu tunggal dan lain-lain.
​
Masyarakat kita pada hari ini sememangnya banyak yang bersikap ambil mudah dan tidak ambil tahu serta malas berfikir kesan buruk yang akan timbul akibat bersikap sedemikian. Sebenarnya sikap yang sebegini hanya akan mengundang padah, Oleh itu segenap lapisan masyarakat tanah air ini patut memainkan peranan yang tersendiri demi untuk membanteras segala gejala yang tidak sihat dan seterusnya akan membawa keruntuhan kepada segala aspek kehidupan yang murni. Oleh itu, kami semua dengan rasa penuh kebertanggungjawaban berjanji akan menggiatkan lagi usaha untuk membendung segala masalah dari terus berleluasa.
​
Diharapkan dengan program-program yang bakal persatuan ini diadakan akan dapat mendidik masyarakat untuk sama-sama menyelami nilai-nilai murni dan tanggungjawab. Diharap juga semua pihak dapat memainkan peranan yang lebih agresif dalam mendidik kembali masyarakat tentang nilai-nilai kekeluargaan yang sejati, hidup bermasyarakat, dan toleransi agar dapat melahirkan masyarakat madani yang progresif dalam menungkah arus permodenan. Semoga dengan persatuan seperti ini setiap ahli dan individu mempunyai kekuatan kendiri bagi menangkis segala cabaran yang mendatang dalam era globalisasi masa kini. Semua ini menjadi faktor penentu untuk mencapai kejayaan al-falah di dunia dan di akhirat nanti.
​
In Shaa Allah...